Wednesday, March 24, 2010

Greetings from Rajang Campus

Salam Kulaan, Salam Hormat, Salam Perpaduan







How is everybody ? It seems that we have a very quiet beginning for 2010. But I do believe that all of you are busy as usual, doing what you have been doing for the good of mankind in your IPG. Congratulations to Shikin for a job well done, running an informative yet impressive Counselling Clinic. I suggest we should go to IPDA for bench marking when the country economy recover.

Sebagai perkongsian, pada tahun ini UPsK IPG Kampus Rajang telah melancarkan dua projek baru seperti berikut :

(1) SUDUT TAK KENAL MAKA TAK CINTA

(Papan Info Profail Staf )

  • Memperkenalkan semua staf institut khususnya staf baharu kepada seluruh warga kampus.
  • Meningkatkan semangat kepunyaan, kekitaan, rasa penerimaan dan rasa selamat di kalangan staf baharu.
  • Menyediakan ruang dan peluang kepada semua staf institut untuk berkongsi dengan rakan sekerja sedikit sebanyak tentang perjuangan hidup mereka dari segi fungsi, tugas, pegangan hidup, pengalaman, hobi dan sebagainya ketika mereka berkhidmat di IPG Kampus Rajang.
  • Maklumat profail staf itu akan dikumpul dan dijilidkan serta disimpan sebagai bahan rujukan UPsK pada masa yang akan datang.

2) PUSAT UJIAN PSIKOMETRIK IPG KAMPUS RAJANG

  • Memberi khidmat Ujian Psikometrik kepada semua warga institut secara terbuka dan pada bila-bila masa melalui kemudahan intranet http://10.13.86.7/upsk/inde.html
  • Klien boleh juga mendapatkan alat ujian psikometrik dan menjawab bahagian-bahagian seperti diarahkan di mana-mana tempat mereka berasa selesa. Kemudian serahkan kertas jawapan kepada kaunselor untuk ditaksirkan.
The Psychometric Test on-line was initiated by my campus director a month ago when he saw me putting up the sign board PUSAT UJIAN PSIKOMETRIK. At this moment we are still at the initial testing stage. Great to find that the system is working but not fully functional yet. I have several clients answered the tests on-line and the response is very encouraging. Tengah sibuk membuat analisis dan terjemahan terhadap skor sepanjang minggu ini. It is a projek worth trying. It saves us time and energy to chase for clients.


Thank you very much Tuan Shaharuddin and Bro Roy for your concern about us in Sarawak. For your information, I am flying to NZ on 12 April and will stay there until 1 May. Hope we will meet again soon, real soon.


Cheers..... Michael Wong

Wednesday, March 17, 2010

Medetasi Cakra Warna...cubalah

Medetasi ini bagus untuk mencapai ketenangan dalam diri.
Bayangkan warna meresapi anggota tubuh kita dan organ-organ dalaman mengikut warna yang diklasifikasikan mengikut peringkat:Mulakan dari cakra dasar sehinggalah cakra mahkota terakhir.
Cakra dasar: merah dan seterusnya sehinggalah cakra jantung sahaja warna hijau dahulu untuk penyembuhan dan warna merah jambu untuk menerapkan kasih sayang dalam jiwa dan roh kita. berakhir dengan cakra mahkota berwarna putih untuk perlindungan diri..masukkan ayat-ayat Al Quran.
selamat meencuba.

Sunday, March 14, 2010

Dari Meja KPP,BPG,KPM


Selamat maju jaya kepada semua kaunselor Pentadbir IPG, maaf dipinta kepada sahabat semua kerana lambat memaklumkan kepada kulaan. Kita berpisah kini kerana IPG berpisah dgn BPG.

tahniah

syikin, tahniah.good job dear.
slmat datang T41 ke dunia IPG.
bimbinglah mereka dgn kasih sayang dan berikan red carpet service and guidance kpd mrk (pesan Pak Su).
fungsi unit PSi&Ksling di BPG akan berakhir pada Jun 2010.jadi, kita belum tahu apakah tugas ini akan disambung smula sama ada di BPG atau di IPGM Induk. yg pasti , saya dan KPP akan menawarkan diri ke IPGM Induk selepas itu (jika diberi peluang).
kulaanku,
teruskan usaha dan samapi jumpe lagi.
wassalm.
roy,sbn2

Wednesday, March 3, 2010

Ruang maklumat KLINIK KAUNSELING IPDA

Ruang luar KLINIK KAUNSELING IPDA yang memaparkan maklumat Kaunseling.Kalau boleh sampai habis bilik jabatan lain Shikin tampal.Nasib baik mereka dah 'warning' awal-awal jangan lajak kawasan. Bilik Shikin sama dengan satu bilik darjah. jadi agak besarlah.
Ini rek Inventori dan maklumat tentang Inventori Psikologi.Asal Pegeon Hole lama yang dibuang dan Shikin minta tukang baiki dan cat semula jadi ehm...bolehlah tahan. Konsep bilik ni semua biru dari cat hinggalah ke skirting.
Ni bukan nak bodek PM dan mantan PM tapi namapun bilik mesyuarat jadi semua pekeliling dan bahan berkaitan yang di download Shikin binding dan pamerkan dan yang dekat HEART tu konsep CUT APPLE AR untuk Team Building.
Ini rak yang Shikin pamerkan bahan bacaan santai dan majalah-majalah lama serta jurnal kaunseling. Termasuklah koleksi Teks Ucapan sebab sepanjang tiga tahun kat IPDA asyik tulis teks ucapan je. Tahun 2010 rasanya tak adalah banyak sangat sebab dah ramai pensyarah baru masuk.
Ini yang Shikin suka semua bahan-bahan dalam bentuk power point Shikin pilih dan framekan. Banyak jugalah tapi tak boleh nak paparkan semua disini. Shikin pamerkan di seluruh Klinik Kaunseling IPDA.
Harapan Shikin bakal kaunselor yang akan datang ke IPDA tak perlulah bersusah payah siapkan bilik.Bina hubungan dan jalankan perkhidmatan je. Itupun kalau sudi dengan LEGASI yang Shikin akan tinggalkan. Shikin sayangkan IPDA sebab dari tahun 1990 Shikin impikan untuk menjadi warga IPDA, Alhamdulillah Allah makhbulkan doa Shikin untuk menjadi warganya. Akhirnya tercapai impian menjadi warga IPDA selama empat tahun InsyaAllah sehingga 30 Jun 2010 nanti.Tempoh Shikin tamat pada 30 Jun 2010.
Sampai jumpa lagi.



LEGASIKU...KLINIK KAUNSELING IPDA 2010

Anjung STIPS: Bilik Alat Pengujian Psikologi, Bilik Mesyuarat, Bilik Kerja
Anjung Tamu: Ruanag legar utama, Bahan bacaan santai

Anjung Tamu: Bahan pamplet,penerbitan dan yg pintu merah ANJUNG SENSORY ;bilik terapi (gunasama)


Ruang penyimpanan rekod,fail sulit dan borang borang

Anjung SOLAR: Bilik kaunseling kelompok dan Kaunseling individu;bilik ni je yg belum siap sbb tak ada bujet lagi. Nanti ada bujet akan ada dua bilik sesi Individu dlm bilik ni.InsyaAllah.
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua.
Sekarang dah masuk bulan Mac kejab je masa berlalu. Shikin masih terngiyang-ngiyang mengingati kata-kata dari Tn Hj Masbah dalam perjumpaan kita di PD tahun 2009 tentang LEGASI . Lama juga berfikir...sekarang dah masuk tahun ketiga di IPDA jadi terfikir apakah legasi yang Shikin akan tinggalkan? Lagipun tarikh dipinjamkan pun dah hampir 'expire'. Shikin mengimpikan KLINIK KAUNSELING macam yang pernah kita bincangkan di mesyuarat awal tahun 2009 di IPG Perlis dan apa yang Shikinfikir ketika itu mungkin ianya agak mustahil memandangkan masalah kewangan tapi Alhamdulillah sehingga Februari 2010 Shikin dah dapat siapkan 80% KLINIK KAUNSELING IPDA dan InsyaAllah sebelum Shikin tinggalkan IPDA ianya akan siap 100%.

Shikin akui bukan mudah menjadi Kaunselor Pentadbir sebab kita berada dalam kelompok jawatan yang sangat unik dan tak semua boleh memahami kedudukan jawatan kita. Shikin doakan agar semua KUCr Unit Psikologi Dan Kaunseling IPG akan teruskan perjuangan dan akan terus memartabatkan profesion ini.
Selamat bertugas dan berjuang!!