Terlebih dahulu ingin kami mengucapkan terima kasih kepada BPsK dan semua Pengarah IPGM Peringkat Zon utara, Bahagian Pendidikan Guru kerana telah meluluskan dan memberikan sokongan yang sepenuhnya ke atas program ini.
Kami juga ingin menyampaikan rasa terima kasih kepada Pengarah IPGM Kampus Tuanku Bainun yang telah memberikan dorongan yang sepenuhnya melalui bimbingan dan sumbangan peralatan supaya melancarkan dan menjayakan program ini.
Ucapan terima kasih juga diberikan kepada 2 orang fasilitator jemputan daripada IPGM Kampus Sultan Abdul Halim yang juga memberikan input yang bermakna kepada semua orang.
Kehadira peserta dan kesungguhan peserta mengikuti program ini amat memberangsangkan kami. Kami percaya ini adalah sikap yang amat diperlukan dalam membentuk organisasi yang cemerlang.
Semoga pada masa-masa akan datang, program berbentuk Peringkat Zon akan dapat diteruskan lagi.
Kerjasama antara semua kaunselor daripada peringkat Zon Utara telah membawa kerjayaan secara keseluruhannya.
Tahniah dan syabas.
Daripada Kaunselor-kaunselor Pentadbir IPGM Peringkat Zon Utara.
p.s.: Gambar-gambar hanya dapat diupdatekan oleh staf daripada IPGM Kampus Perlis kerana terlupa menyediakan kamera.