Saturday, April 24, 2010

Senyap Je....Manalah perginya kaunselor-kaunselor

Apa khabar semua?


Sekarang dah nak berakhir bulan April ...apa ceritanya Kaunselor-Kaunselor kita di IPG? Ada kaunselor baru masuk dan ada kaunselor yang bakal keluar... Shikin ini macam yang semua dah tahu akan meninggalkan IPDA tak lama lagi. Bila berakhirnya pinjaman jadi berakhirlah Shikin di IPDA buat sesi 2008-2010. Mungkin inilah saja jodoh pertemuan antara Shikin dan IPG Kampus Darulaman yang tercinta.



Nostalgianya berada di IPDA selama empat tahun. Masih terpahat indah memori indah semasa tahun 1986 ketika itu IPDA adalah UUM dan Shikin dah mula berada di sini ketika itu...selalu saja berada di UUM .Ketika itu MSSM dan MSSK selalunya diadakan di kawasan padang UUM . Itulah jejak pertama yang menyebabkan Shikin berazam satu hari kelak Shikin akan berada di sni.



Alhamdulillah akhirnya Shikin berjaya juga menempatkan diri di IPDA selepas 20 tahun berangan-angan dengan kampus yang sangat menyenangkan hati. Akhirnya pada 1 Ogos 2006 Shikin ditawarkan sebagai Kaunselor Pentadbir di IPDA dan bermulalah episod yang mengembirakan dan menyedihkan di sini. Alhamdulillah semuanya sangat indah dan Allah memakhbulkan impian Shikin menjadi warga IPDA dan sehinggalah satu ketika Shikin diuji dengan orang yang tidak kita kenali dan akhirnya penyeksaan selama 20 bulan menyebabkan mimpi selama 20 tahun berakhir dengan tragik nya. Alhamdulillah ...Shikin bersyukur sekurang-kurangnya Shikin tetap dapat mengecapi nikmat sebagai warga IPDA walaupun sampai saat ini dah masuk 3 tahun 10 bulan dan mungkin bila berakhir tempoh pinjaman nanti ...genaplah 4 tahun.



Apa yang Shikin tahun bila kita sayang atau kasih pada sesuatu tempat kita bekerja kita akan melakukan apa sahaja yang menggembirakan hati kita dan menghargai setiap apa yang kita lakukan untuk menggembirakan hati insan-insan disekeliling kita. Jadi kesimpulannya jatuhlah cinta dengan tempat kita bertugas....di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung.

1 comment: