Wednesday, March 3, 2010

LEGASIKU...KLINIK KAUNSELING IPDA 2010

Anjung STIPS: Bilik Alat Pengujian Psikologi, Bilik Mesyuarat, Bilik Kerja
Anjung Tamu: Ruanag legar utama, Bahan bacaan santai

Anjung Tamu: Bahan pamplet,penerbitan dan yg pintu merah ANJUNG SENSORY ;bilik terapi (gunasama)


Ruang penyimpanan rekod,fail sulit dan borang borang

Anjung SOLAR: Bilik kaunseling kelompok dan Kaunseling individu;bilik ni je yg belum siap sbb tak ada bujet lagi. Nanti ada bujet akan ada dua bilik sesi Individu dlm bilik ni.InsyaAllah.
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua.
Sekarang dah masuk bulan Mac kejab je masa berlalu. Shikin masih terngiyang-ngiyang mengingati kata-kata dari Tn Hj Masbah dalam perjumpaan kita di PD tahun 2009 tentang LEGASI . Lama juga berfikir...sekarang dah masuk tahun ketiga di IPDA jadi terfikir apakah legasi yang Shikin akan tinggalkan? Lagipun tarikh dipinjamkan pun dah hampir 'expire'. Shikin mengimpikan KLINIK KAUNSELING macam yang pernah kita bincangkan di mesyuarat awal tahun 2009 di IPG Perlis dan apa yang Shikinfikir ketika itu mungkin ianya agak mustahil memandangkan masalah kewangan tapi Alhamdulillah sehingga Februari 2010 Shikin dah dapat siapkan 80% KLINIK KAUNSELING IPDA dan InsyaAllah sebelum Shikin tinggalkan IPDA ianya akan siap 100%.

Shikin akui bukan mudah menjadi Kaunselor Pentadbir sebab kita berada dalam kelompok jawatan yang sangat unik dan tak semua boleh memahami kedudukan jawatan kita. Shikin doakan agar semua KUCr Unit Psikologi Dan Kaunseling IPG akan teruskan perjuangan dan akan terus memartabatkan profesion ini.
Selamat bertugas dan berjuang!!









1 comment: