Wednesday, March 3, 2010

Ruang maklumat KLINIK KAUNSELING IPDA

Ruang luar KLINIK KAUNSELING IPDA yang memaparkan maklumat Kaunseling.Kalau boleh sampai habis bilik jabatan lain Shikin tampal.Nasib baik mereka dah 'warning' awal-awal jangan lajak kawasan. Bilik Shikin sama dengan satu bilik darjah. jadi agak besarlah.
Ini rek Inventori dan maklumat tentang Inventori Psikologi.Asal Pegeon Hole lama yang dibuang dan Shikin minta tukang baiki dan cat semula jadi ehm...bolehlah tahan. Konsep bilik ni semua biru dari cat hinggalah ke skirting.
Ni bukan nak bodek PM dan mantan PM tapi namapun bilik mesyuarat jadi semua pekeliling dan bahan berkaitan yang di download Shikin binding dan pamerkan dan yang dekat HEART tu konsep CUT APPLE AR untuk Team Building.
Ini rak yang Shikin pamerkan bahan bacaan santai dan majalah-majalah lama serta jurnal kaunseling. Termasuklah koleksi Teks Ucapan sebab sepanjang tiga tahun kat IPDA asyik tulis teks ucapan je. Tahun 2010 rasanya tak adalah banyak sangat sebab dah ramai pensyarah baru masuk.
Ini yang Shikin suka semua bahan-bahan dalam bentuk power point Shikin pilih dan framekan. Banyak jugalah tapi tak boleh nak paparkan semua disini. Shikin pamerkan di seluruh Klinik Kaunseling IPDA.
Harapan Shikin bakal kaunselor yang akan datang ke IPDA tak perlulah bersusah payah siapkan bilik.Bina hubungan dan jalankan perkhidmatan je. Itupun kalau sudi dengan LEGASI yang Shikin akan tinggalkan. Shikin sayangkan IPDA sebab dari tahun 1990 Shikin impikan untuk menjadi warga IPDA, Alhamdulillah Allah makhbulkan doa Shikin untuk menjadi warganya. Akhirnya tercapai impian menjadi warga IPDA selama empat tahun InsyaAllah sehingga 30 Jun 2010 nanti.Tempoh Shikin tamat pada 30 Jun 2010.
Sampai jumpa lagi.



1 comment: