Monday, June 7, 2010

Al Fatihah..KU SUP IPG KAMPUS DARULAMAN Kembali ke Rahmatullah

Lebih kurang Jam 9.00 pagi tadi Allahyarham Sohaibi Wan Lah Ketua Unit SUP IPG Kampus Darulaman telah kembali ke Rahmatullah kerana serangan jantung mengejut pada usia 42 tahun. Allahyarham merupakan seorang yang sangat baik dan sangat tinggi komitmen terhadap kerjaya. Beliau seorang yang sangat mudah mesra tetapi seorang yang sukar menyakiti hati orang lain..Pukul  8.00 pg tadi beliau ada taklimat kepada pelajar PGSR yang baru mendaftar dan selepas taklimat lebih kurang jam 8.30 pagi beliau duduk keletihan dan seperti orang yang semput dan dalam keadaan yang tenang dan agak sedikt semput menjatuhkan diri dan dipangku oleh Ustazah Fadzliyah yang kebetulan sama-sama bertugas memberi taklimat dan semua pelajar telah beredar ,sedangkan ketika itu yang tinggal hanya 5 orang perempuan yang bertugas dan  pelajar yang mengalami masalah pendaftaran. Dalam kekalutan tak sampai 10 minit beliau dibawa ke hospital dan disahkan meninggal dunia Acute Heart Disses.

Shikin  sempat bersama-sama dengan keluarga dan sahabat handai di Hospital Jitra.Beliau yang meninggalkan seorang isteri dan empat orang cahaya mata. Hati tersentuh kerana anak-anak beliau masih kecil dan yang sulong baru berusia 14 tahun dan yang kecil baru berusia 5 tahun. Isteri beliau pula hanya sebaya dengan Shikin dan surirumah sepenuh masa. Apa yang Shikin nak kongsikan di sini adalah mengenai beliau seorang yang sangat bertanggungjawab kepada kerja dan sangat efisien tapi mengabaikan tekanan dan kesihatan diri sendiri. Mengikut isteri beliau walaupun diberi cuti sakit beliau tetap hendak bekerja kerana mementingkan kerjanya hinggakan tidak cukup rehat dan mengikut doktor tekanan dan rehat yang tidak mencukupi merupakan salah satu punca AHD. Kepada semua kita walaupun kita ada ilmu dan kemahiran menangani tekanan kita hendaklah sentiasa beringat bahawa diri kita adalah yang paling utama dan jangan sesekali mengabaikan diri kita kerana tiada siapa yang akan menangisi kita lebih dari 30 minit dan selebihnya hanya keluarga kita yang di bawah tanggungjawab kita sahaja yang akan menderita.

Ingatlah orang luar semasa menziarah masing-masing hanya akan bercerita tentang kita dan kenangan terakhir dengan kita tapi adakah orang yang akan melihat keluarga dan insan yang kita tinggalkan. Shikin melihat anak-anak beliau seperti mana ketika ayah Shikin meninggal dunia dengan cara dan usia yang seawal itu. Apa yang dilalui adalah sangat berat  dan menjadi tanggungjawab semua disekeliling untuk membantu anak-anak yatim ini. Walaupun mereka ada ibu dan saudara mara tapi di sinilah peranan kita sebagai sahabat bukan sekadar menangis dan mengimbau kenangan semata-mata....
Senyuman dibibir dan wajah B akan terpahat dalam hati ini kerana B adalah seorang yang sangat baik hati. Shikin akan sentiasa mengingati senyuman itu kerana wajah itu yang terpancar ketika jenazah beliau dikafankan dan ditutup dan Shikin turut tersenyum semasa melihat wajah B tersenyum semasa beliau dikafankan. Semoga Allah merahmati Sohaibi Wan Lah dan menempatkan beliau bersama para shuhada yang berjuang dan bermujahid untuk ilmu Allah sehingga nafas terakhir beliau. Semoga Allah sentiasa merahmati dan memberi kekuatan buat  isteri dan anak-anak beliau dalam mengharungi kehidupan di muak bumi Allah yang fana ini.Amin
AL FATIHAH

Semasa Shikin menulis ini Shikin terfikir dan cuba menjawab persoalan-persoalan ini...kalau rajin cubalah juga.

Jawablah pertanyaan dibawah ini dengan sepenuh kejujuran yang keluar dari hati nurani :




1. Seandainya anda meninggal dunia pada saat ini juga, sebutkan pesan apa saja yang

ingin anda sampaikan kepada suami/isteri/ anak?

............ ......... ......... ......... ......... ......... ......... ......... ......... ......... .

2. Sebutkan 10 orang yang akan hadir dalam pemakaman atau mengafankan  anda :

1. ............ ......... ....... 5. ............ ......... ....... 8. ............ ......... ........

2. ............ ......... ....... 6. ............ ......... ....... 9. ............ ......... ........

3. ............ ......... ....... 7. ............ ......... ....... 10. ............ ......... .......

4. ............ ......... .......



3. Sebutkan amal apa saja yang sudah anda siapkan sebagai penyelamat di akhirat?

............ ......... ......... ......... ......... ......... ......... ......... ......... ......... .

4. Kesan apa yang akan diberikan orang lain tentang perjalanan kehidupan anda?

............ ......... ......... ......... ......... ......... ......... ......... ......... .........

5. Seandainya Tuhan masih memberikan kesempatan hidup sekali lagi, maka kesalahan apa saja yang ingin anda perbaiki terhadap :

a. Orang Tua

b. Pasangan hidup :

c. Anak-anak:

d. Tetangga, Teman & rakan kerja :

1 comment:

  1. Sorry and sad to hear this news from your IPG...Please take care yourself too...don make it too hard....life can be easy and be simple...just to remind ourselve.....don ever over stress just take things slowly.......everything shall be all right...

    ReplyDelete