Tuesday, June 29, 2010

Kursus Pensyarah Baru IPG Kampus Darulaman

Jitra:28 Jun sehingga 6 Julai 2010 berlangsungnya  Kursus Pensyarah Baru yang kebiasaannya dikendalikan oleh pihak BPG. Memandangkan tiada peruntukan kewangan pensyarah yang belum mengikuti kursus  secara automatiknya perlu mengikuti kursus kelolaan Institut.  13 orang pensyarah yang dikategorikan baru telah mengikuti kursus ini dan yang sedihnya peruntukan tidak ada terpakssalah waktu rehat peserta kursus layan diri sendiri.
Walaupun dalam serba kekurangan  mereka terpaksa juga mengikuti Kursus Pensyarah Baru yang diadakan secara tiga fasa:
Fasa 1 :Teori dan Pengenalan kepada Institut dari semua aspek ,
Fasa 2 :Amali dan juga Etiket Sosial serta perbentangan tugasan,
Fasa 3 :Praktikal iaitu mengikuti BIG, Praktikum dan juga LDK untuk minggu Pengurusan Pelajar Baru
(p/s:tapi nampak gayanya semua kursus dijalankan dalam Institut ajelah sehingga kewangan kembali pulih. Semoga kewangan negara cpat 'sembuh')

No comments:

Post a Comment