Wednesday, May 13, 2009

JEMPUTAN MENGHADIRI SEMINAR KEBANGSAAN LEMBAGA KAUNSELOR 2009

JEMPUTAN MENGHADIRI SEMINAR KEBANGSAAN LEMBAGA KAUNSELOR 2009

Adalah saya di arah merujuk kepada perkara tersebut di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Lembaga Kaunselor akan menganjurkan seminar tersebut di atas pada:

Tarikh : 21-23 Mei 2009

Tempat : Hotel Legend
Kuala Lumpur

3. Seminar ini adalah merupakan program nilai tambah (value added) kepada pengetahuan dan kemahiran sedia ada kaunselor, sekaligus menggalakkan konsep pendidikan berterusan di kalangan kaunselor berdaftar dan pengamal kaunseling, di samping memberi kesempatan kepada mereka untuk berkongsi pengetahuan dan melatih kemahiran dalam kaunseling. Melalui seminar ini, Lembaga Kaunselor berharap kaunselor berdaftar dan pengamal kaunseling dapat belajar dan meningkatkan lagi pengetahuan dan kemahiran mereka tentang pelbagai teori, pendekatan dan teknik kaunseling khususnya dalam seting kaunseling untuk komuniti


4. Sehubungan dengan itu Lembaga Kaunselor menjemput calon-calon di kalangan Kaunselor Berdaftar serta pengamal kaunseling jabatan/agensi Y.Bhg Dato’/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan untuk menyertai seminar ini.

5. Maklumat lanjut berhubung dengan bengkel ini adalah seperti Lampiran. Sila kembalikan borang pengesahan kehadiran kepada urus setia sebelum atau selewat-lewatnya pada 18 Mei 2009 jam 5.00 petang. Sekiranya pihak urus setia tidak menerima pengesahan sehingga ke tarikh tersebut, tuan/puan dianggap menolak jemputan ini. Sebarang pertanyaan boleh disalurkan kepada Urus Setia Lembaga Kaunselor, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat melalui telefon 03–2614 3162,3167 dan 3170.




Sekian, terima kasih.


BERKHIDMAT UNTUK NEGARA


Saya yang menurut perintah




(SUHAIMEE BIN ABD GANI)
b/p Pendaftar
Lembaga Kaunselor
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat


s.k

Fail.

No comments:

Post a Comment